Sambungan dari post yang lepas, ujian kedua yang perlu dihadapi oleh calon-calon yang telah berjaya melepasi ujian pertama adalah 'Program Penilaian Individu Bomba' atau mana singkatan, PPIB. Sebenarnya, program PPIB ini telah lama dilakukan tetapi ia hanya dikenakan kepada calon-calon gred Penguasa Bomba (KB41) sahaja. Akan tetapi, untuk mendapatkan tapisan calon-calon gred lain dengan lebih telus dan berkesan, maka program PPIB ini dikenakan kepada calon-calon gred Penolong Penguasa Bomba (KB29) berkuatkuasa pada 2012. Pendek kata, sayalah antara calon KB29 yang pertama yang terpaksa mengambil ujian PPIB ini!
Rasional bagi PPIB ini dilakukan adalah untuk menguji setiap calon bomba dari pelbagai aspek seperti ketahanan fizikal dan mental, kerjasama dalam pasukan, gaya memimpin, gaya bertutur, disiplin dan sebagainya. Ia juga boleh dianggap sebagai platform untuk calon-calon mengambil 'mood' untuk tinggal di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, samada mereka masih berminat atau sebaliknya.
Berdasarkan kepada pengalaman saya, setelah lulus ujian pertama di Ibupejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya pada awal 2012, saya diminta untuk menghadirkan diri di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pada April 2012. Seperti sebelumnya, saya perlu persiapkan diri dengan latihan harian seperti berjogging dan bersenam.
Dengan izin Allah, dalam usaha saya merancang perjalanan ke Terengganu, saya disapa oleh 5 orang calon yang lain yang turut bersama menghadiri PPIB pada sesi yang sama. Alhamdulillah, kami bersepakat untuk bergerak bersama dengan menggunakan 2 buah kereta.
Pada hari pendaftaran calon, kami diberi sehelai bip bernombor setiap seorang. Nombor pada bip adalah 'nama' anda sepanjang PPIB dijalankan. Setiap pegawai bomba yang bertugas ketika itu sentiasa memerhatikan kami dan menilai tahap disiplin kami 24 jam.
Selain bip, kami juga diberi sebuah fail dengan borang-borang tertentu, dan juga 'poncho' (baju hujan) sebagai pakaian kami sekiranya hujan turun ketika ujian dijalankan. Selesai mengambil barang, kami dibawa ke dewan utama untuk mendengar taklimat. Calon batch saya ketika itu adalah seramai 400 orang. Setelah selesai taklimat, kami dibawa untuk mengambil gambar setiap 5 orang sebaris. Tujuannya Wallahualam saya tak tahu, mungkin untuk faktor keselamatan dalam akademi agaknya.
UJIAN 1 : PEPERIKSAAN SPA
Kami dibawa ke dewa peperiksaan dengan menaiki bas yang disediakan. Calon-calon perlu menjawap 3 set kertas soalan yang disediakan oleh pihak SPA. Untuk pengetahuan, kesemua calon DIWAJIBKAN lulus ujian ini untuk melayakkan diri anda untuk dinilai dalam ujian yang seterusnya. 3 set soalan SPA adalah seperti berikut;
Kertas 1 : Matematik - 40 soalan, soalan majoriti taraf PMR, dengan soalan-soalan penyelesaian masalah, kiraan pantas, pecahan, peratusan dan sebagainya.
Kertas 2 : Pengetahuan Am - 50 soalan, soalan berkenaan dengan pengetahuan asas seperti info Malaysia, info Jabatan Bomba dan Penyelamat, isu semasa dan sebagainya
Kertas 3 : IQ - 160 soalan perlu dijawap dalam masa 30 minit sahaja!
.....
Selesai menjawap semua soalan, kami dihantar ke asrama kami dengan bas yang disediakan. Selesai berkemas, kami ke dewan makan untuk makan tengahari.
UJIAN 2 : UKJK
UKJK bermaksud Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Setiap calon diuji tahap kecergasan dan kecekapan individu. Sebelum UKJK dijalankan, kami diperiksa oleh bomba yang bertugas. Seperti ujian di Putrajaya, BMI kami dikira semula. Selepas itu, kami perlu menjalani ujian ari kencing.
Selesai pemeriksaan, kami dipecahkan mengikut nombor bip untuk menjalani ujian UKJK ini. Ujian yang perlu dijalani oleh setiap calon adalah seperti berikut;
1. Bangun Tubi (Sit-Up) selama 1 minit. Minimum yang paling selamat adalah 45 keatas.
2. Lompat Berdiri. Lompatan dalam keadaan berdiri, jangkauan paling selamat adalah 1.8 meter.
3. Kelenturan Badan. Calon perlu duduk, buka kaki seluas mungkin, dan tolak sebuah blok kayu kecil ke hadapan dengan sejauh yang mungkin.
4. Lari Berulang-Alik 4 x 10 meter. Calon perlu memecut dari point A ke B dengan sepantas mungkin. Pada ketika ini, penggunaan kasut yang sesuai adalah amat penting dalam mendapatkan cengkaman kaki ketika berlari dan berhenti dengan mengejut.
5. Larian 2.4km dibawah 12 minit. Ini adalah ujian UKJK paling memenatkan. Setiap calon diminta untuk melakukan larian mengelilingi Akademi Bomba dalam masa kurang 12 minit!
Selesai UKJK, kami dibenarkan pulang ke asrama dan bersiap untuk ujian seterusnya.
BERSAMBUNG...
salam, nak tanya, ujian sit up tu kena buat berapa banyak dalam seminit?
ReplyDelete